PLUG TMK TAHUN 5
Ahad, 12 Oktober 2014
PANGKALAN DATA
(i) Pengenalan Pangkalan Data
1. Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.
2. Pangkalan data terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara elektronik.
3. Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskinikan.
(ii). Sistem Fail
1. Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang berkaitan dengan
sesuatu projek, produk, tugas,pelanggan atau pekerja.
2. Penyimpanan bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan maklumat disimpan di
dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan mudah dicapai dan sebagai lankag
keselamatan.
DUNIA PANGKALAN DATA
TAJUK : DUNIA PANGKALAN DATA
OBJEKTIF
Pada akhir sesi guru dapat :
1. Membanding beza data dan maklumat.
2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data.
3. Menstruktur kaedah penyimpanan data secara bermakna.
4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hiraki data.
5. Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data.
KANDUNGAN PENGAJARAN
1. Pengertian Data dan Maklumat
2. Pangkalan Data.
3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik.
4. Rekabentuk dan Model Pangkalan Data.
5. Organisasi Pangkalan Data.
6. Ciri-ciri Pangkalan Data.
Langgan:
Catatan (Atom)